ANUAR IBRAHIM MERINTIS KEMUNGKINAN













Bila INFINITI berbicara..

Kemenangan Anwar Ibarahim dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding majotiti 'orang rumahnya' sebelum ini adalah isyarat jelas rakyat mahukan Anwar sebagai PM baru Malaysia hari ini. Isyarat tersebut telah 'diswastakan' kepada pengundi2 di Permatang Pauh yang kali ini menjadi 'wakil' bagi meyalakan lampu isyarat buat Pak Lah dan hulubalang-hulubalang2nya.

Sememangnya kemenangan Anwar dengan majoriti 15,671 undi tersebut sudah diduga kebanyakan rakyat samaada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional sendiri. Isu yang ditembak oleh BN sebelum hari pengundian adalah ibarat peluru yang dilepaskan tanpa henti. Sasaran mereka hanya satu iaitu untuk merebahkan musuhnya yang paling berbahaya bagi mereka siapa lagi kalau bukan bekas penghuni ISA Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ini (BN) sangat rakus dan agresif!! Ibarat kata melupakan sejarah hitam, BN dilihat tidak serik dengan strategi lampuk mereka apabila masih lagi menggunakan medium utama mereka iaitu TV1 dan TV3 yang merupakan stesyen swasta negara yang semakin melampau2 dalam misi memenangkan calon 'bapa' mereka iaitu BN.

Saya terasa muak dengan strategi BN yang digunakan sejak zaman berzaman ini. Apakah mereka tidak mempunyai hero yang mampu berfikir waras dengan keadaan semasa kesan PRU lepas? Atau mungkinkah mereka telah tertekan dengan situasi yang ada ini sehinggakan mereka sanggup untuk masih lagi menggunakan taktik bodoh ini? Bukan mereka tidak menyedari bahawa faktor kekalahan besar mereka pada PRU lepas adalah sebahagiannya datang daripada serangan hebat media milik mereka terhadap pembangkang. Saya mengandaikan sekarang BN pada hari ini sudah tidak punya pakar2 startegi yang betul berpecak di bumi yang nyata. Dengan kata mudah dan kurang sopan, mereka bodoh dalam menilai keadaan dan mood rakyat!

Rakyat sekarang bukan mereka yang boleh diperjudikan seperti 50 tahun kemerdekaan lepas. Ini rakyat era baru. Rakyat sekarang adalah mereka yang berfikir dengan kurniaan paling mahal Ilahi. Akal fikiran yang sepatutnya digunakan kebanyakan rakyat 50 tahun dahulu. Sekarang gelombang rakyat berombak kuat. Ada mata, mereka lihat. Ada telinga, mereka dengar. Paling membanggakan, adalah rakyat Malaysia kini adalah mereka yang mempunyai otak dan boleh menilai. Inilah yang kita mahukan...

Otak berada di kepala. Paling tinggi dalam 'organisasi' tubuh badan. Otak diibaratkan sebagai ketua tubuh. Sifirnya tersangat mudah untuk kita simpulkan. Warasnya otak berfikir, maka waraslah tindakan manusia bertindak kerana fikiran dan tindakan haruslah selari. Inilah yang membezakan manusia dengan haiwan...Sepatutnya untuk membezakan manusia dengan haiwan bukannya menilai antara bilangan kaki. Tetapi bezanya terletak dengan akal dan tidak ada akal srta hati!

Akal milik rakyat Malaysia sekarang adalah akal kelas reformasi. Akal2 ini akan terus berfikir dan menilai apa lagi berita dan dakyah yang akan dibawakan BN terutama pemimpin nombor dua mereka Najib. Apa lagi yang Najib mahu buat selepas ini? Skrip lama yang diajar Mahathir nampaknya semakin memakan diri. Najib memang tidak senang duduk sekarang. Saiful yang diambil untuk menambahkan bilangan 'tentera'nya sanggup mengeluarkan kenyataan diliwat oleh Anwar. Anak muda ini telah mengorbankan masa depannya demi Najib.


Siapa yang mengatur perjalanan Saiful sekarang ini kalau bukan Najib? Seluruh rakyat sedang memerhatikan gelagat Najib. Individu yang menjadi tempat bergantung Saiful untuk mengadu duit biasiswanya. Najib juga adalah individu yang sanggup mendengar aduan Saiful tentang kenyataannya diliwat Anwar. Wah!! sejak bila Najib mengambil berat soal kewangan pelajar seperti Saiful ini? Dan sejak bila pula Najib menjadi tempat bergantung Saiful? Saya diajar berfikir sejak sekolah rendah..Kalau saya berfikir dengan waras, saya akan memikirkan beberapa persoalan. Pertama, di mana ibu bapa Saiful sehinggakan beliau lebih menjadikan Najib sebagai tempat aduan? Kedua, betulkah kenyataan Najib bahawa anak muda ini mahu minta biasiswa darinya sedangkan beliau telah dibuang Universiti? Inilah persolalan yang menghendakkan akal2 generasi baru Malaysia berfikir...


Apa2pun, 'attitud' politik Mlaysia kini telah berubah. Dunia akan menyaksikan pemimpin baru yang lebih perihatin dengan soal kebajikan rakyat akan tampil tidak lama lagi. Sistem demokrasi yang diamalkan sekarang membuka peluang untuk rakyat Malaysia mencatat sejarah sebagai agen perubah kepada landskap politik tanahair. Yang pasti, Najib akan terus memaksa matanya celik di malam hari untuk mengarahkan otaknya terus berfikir starategi apa lagi yang mahu digunakan uat merebahkan musuh utamnya Anwar.

Anwar pula sudah boleh memikirkan strateginya selepas ini. Antara realiti dan fantasi bangunnya kerajaan baru pada 16 September semuanya terletak pada Anwar dan kebimbangan Najib.

Saya sanggup untuk mengatakan bahawa kini Anwar bangun melawan tradisi, Najib pula rebah dengan undi majoriti!!








INFINITI TELAH KEMBALI..













Bila INFINITI berbicara..


Assalamualaikum buat teman2 yang saya sayangi...

Terlebih dahulu ucapan kemaafan saya pinta dari kalian khususnya buat pengunjung setia blog yang diberi nama INFINITI ini. Kemaafaan ini saya pohon kerana menyedari bahawa sudah hampir 3 bulan lamanya saya tidak 'up-date' penulisan terbaru dalam ruangan penulisan blog ini. Kekangan masa yang singkat dan terhad ini memaksa saya untuk 'berpisah' sekejap dari ruangan maya. Bukan langsung tidak melayarinya, tapi masalahnya adalah tidak ada kesempatan untuk saya mencoret penulisan2 terbaru buat tatapan sidang pelawat sekalian..

Tapi pada hari ini, saya sudah kembali menaip satu persatu huruf abjad A sampai Z. Sememangnya 'keyboard' komputer saya ini sudah lama mahu kembali berinteraksi dengan tuannya. Tapi apakan daya, masa sangat2 mencemburui saya. Meminjam konsep penceraian suami isteri yang mahu kembali merujuk antara satu sama lain, maka kembalinya saya pada hari ini ibarat mahu' merujuk' semula dengan 'pasangan' saya ini setelah hampir 3 bulan lamanya kami berpisah. Tempoh 'iddah' 3 bulan ini sudah menepati syarat bagi pasangan yang mahu merujuk kembali hubungan mereka sebagai suami-isteri..Maka pada hari ini, tepat jam 11.05 minit pagi bersamaan dengan 28hb Ogos 2008, 'kami' telah kembali 'bersama' semula. Amin...

Sememangnya perasaan RINDU saya terhadap INFINITI teramat menusuk ke kalbu dan menggangu denyutan jantungku. Rindu yang begitu terseksa setelah terpisah, diubati dengan pujukan rayu iaitu dengan menampilkan satu perubahan dan penampilan baru bagi 'template' blog ini. Dari tema asas warna lama iaitu hitam dan oren, maka kini berubah kepada tema warna putih dan biru muda. Penampilan baru INFINITI ini dilihat berkebetulan dengan arus perubahan landskap poltik tanah air yang menyaksikan gelombang biru muda berombak di Permatang Pauh dua hari yang lepas. Kalau di sana biru muda berombak kuat menggelamkan kapal dacing, maka biru muda INFINITI ini juga berkobar-kobar semangat baru yang ingin ditampilkan buat mempersembahkan penulisan yang menjurus kepada idea dan pemikiran penulis bagi sesuatu isu yang berlaku kini termasuk perkembangan politik tanah air tercinta.

Dengan penampilan baru ini, diharap teman2 pelawat sekalian menyukainya walaupun tidak dinafikan rindu penulis kepada 'template' lama yang menjadi 'pakaian' kepada blog ini sebelum ini MASIH TERASA. Ibarat kata orang, kenangan pertama meninggalkan kenangan yang susah hendak dilupakan. Tetapi hidup ibarat seperti roda. Berpusing-pusing yang menyebabkan 'atitudnya' sering kali berubah-ubah. Hidup perlu ada perubahan. Perubahanlah yang akan menjadi penanda aras buat kejayaan atau kegagalan kita. Sememangnya hidup ini menjadi sia-sia jika tiada perubahan untuk dilakukan.

Saya mengharapkan sekali lagi agar wajah baru INFINITI ini mampu membuatkan diri saya lebih bersemangat untuk menulis kerana saya tahu manusia yang betul-betul hidup harus ada sumbangan kepada manusia lain. Jikalau sebaliknya, maka itu dinamakan sebagai manusia mati. Matinya pelik kerana zahirnya hidup, tetapi jiwanya mati. Tidak ubah seperti mayat hidup. Cuma bezanya adalah mayat adalah bangkai yang telah mati. Manakala manusia yang hidup zahirnya tetapi mati jiawanya adalah bangkai hidup. Kalau dah bernama bangkai, baik mati daripada hidup. Itulah isyarat jelas bagi insan sebegitu...

Penulisan juga adalah salah satu bentuk sumbangan buat insan lain. Mungkin idea dan pemikiran positif kita mampu melahirkan sang lelaki yang kental jiwanya, gagah pendiriannya dan kukuh imannya. Mungkin juga dengan penulisan akan mampu melahirkan puteri wanita yang jiwanya secekal sang lelaki dan pendiriannya tidak mampu dijual beli. Juga tidak mustahil untuk menggerakkan tangan wanita yang mampu menggoncangkan duniawi...

Apa-apapun, sokongan anda kepada blog INFINITI penulis amat harapkan dan hargai...pandangan dan komentar anda semua kepada setiap penulisan penulis adalah sebagai cermin jernih dan kayu ukuran terhadap tahap kualiti penulisan yang dihasilkan.

Akhir pena, sambutlah salam kerinduan dan laungan semangat penulis...

INFINITI TELAH KEMBALI!!!