Aku keseorangan, Aku Bersendirian




Bila INFINITI berbicara..


Aku Keseorangan, Aku Bersendirian..

Aku keseorangan
Menyelusuri hidup meniti perjuangan

Aku bersendirian
Mengenggam amanah dalam kepimpinan

Aku keseorangan
Mengorak langkah membina perpaduan

Aku bersendirian
Perpaduan yang ku impikan penuh rintangan

Aku keseorangan
Bila kawan-kawanku hanya meneman

Aku bersendirian
Kawan-kawanku tiada kesungguhan

Aku keseorangan
Dihina dimaki demi impian

Aku bersendirian
Suka dan duka tiada berteman

Oh Tuhan
Aku keseorangan
Aku bersendirian
Meniti perjuangan membina perpaduan
Buat rakyat anak-anak kelantan...

3 Respon Anda?:

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

salam akhi...
kita tidak bersendirian...
I'syaAllah kita masih ada jemaah...
teruskan berjuang dalam lapanganmu...
masih ada yang ingin bersama...

najib usmkkj

Hasmora said...

ya betul saudara najib
sesungguhnya memang kita tiada pernah sendirian....
hanya kita sahaja yang merasa demikian...
hakikatnya...sentiasa ada yang bersama kita dalam menghadapi perjuangan ini...
setiap liku kehidupan penuh ranjau onak duri...
lalu... pernahkah kita merasa sepi menyendiri di khalayak rakan dan taulan?

ibnu muhammad al-masnuri

Anonymous said...

yup btl ya akhi...

yg pntg kta ada Allah...

Keramatny ukhwah
melangkaui hbngan darah
ksh syg krn Allah
tonggak kekuatan jamaah,
digubah dg acuan aqidah
xsorang dibiar gundah
andai dtakdir rebah
seribu mbahu gagah