INFINITI TELAH KEMBALI..













Bila INFINITI berbicara..


Assalamualaikum buat teman2 yang saya sayangi...

Terlebih dahulu ucapan kemaafan saya pinta dari kalian khususnya buat pengunjung setia blog yang diberi nama INFINITI ini. Kemaafaan ini saya pohon kerana menyedari bahawa sudah hampir 3 bulan lamanya saya tidak 'up-date' penulisan terbaru dalam ruangan penulisan blog ini. Kekangan masa yang singkat dan terhad ini memaksa saya untuk 'berpisah' sekejap dari ruangan maya. Bukan langsung tidak melayarinya, tapi masalahnya adalah tidak ada kesempatan untuk saya mencoret penulisan2 terbaru buat tatapan sidang pelawat sekalian..

Tapi pada hari ini, saya sudah kembali menaip satu persatu huruf abjad A sampai Z. Sememangnya 'keyboard' komputer saya ini sudah lama mahu kembali berinteraksi dengan tuannya. Tapi apakan daya, masa sangat2 mencemburui saya. Meminjam konsep penceraian suami isteri yang mahu kembali merujuk antara satu sama lain, maka kembalinya saya pada hari ini ibarat mahu' merujuk' semula dengan 'pasangan' saya ini setelah hampir 3 bulan lamanya kami berpisah. Tempoh 'iddah' 3 bulan ini sudah menepati syarat bagi pasangan yang mahu merujuk kembali hubungan mereka sebagai suami-isteri..Maka pada hari ini, tepat jam 11.05 minit pagi bersamaan dengan 28hb Ogos 2008, 'kami' telah kembali 'bersama' semula. Amin...

Sememangnya perasaan RINDU saya terhadap INFINITI teramat menusuk ke kalbu dan menggangu denyutan jantungku. Rindu yang begitu terseksa setelah terpisah, diubati dengan pujukan rayu iaitu dengan menampilkan satu perubahan dan penampilan baru bagi 'template' blog ini. Dari tema asas warna lama iaitu hitam dan oren, maka kini berubah kepada tema warna putih dan biru muda. Penampilan baru INFINITI ini dilihat berkebetulan dengan arus perubahan landskap poltik tanah air yang menyaksikan gelombang biru muda berombak di Permatang Pauh dua hari yang lepas. Kalau di sana biru muda berombak kuat menggelamkan kapal dacing, maka biru muda INFINITI ini juga berkobar-kobar semangat baru yang ingin ditampilkan buat mempersembahkan penulisan yang menjurus kepada idea dan pemikiran penulis bagi sesuatu isu yang berlaku kini termasuk perkembangan politik tanah air tercinta.

Dengan penampilan baru ini, diharap teman2 pelawat sekalian menyukainya walaupun tidak dinafikan rindu penulis kepada 'template' lama yang menjadi 'pakaian' kepada blog ini sebelum ini MASIH TERASA. Ibarat kata orang, kenangan pertama meninggalkan kenangan yang susah hendak dilupakan. Tetapi hidup ibarat seperti roda. Berpusing-pusing yang menyebabkan 'atitudnya' sering kali berubah-ubah. Hidup perlu ada perubahan. Perubahanlah yang akan menjadi penanda aras buat kejayaan atau kegagalan kita. Sememangnya hidup ini menjadi sia-sia jika tiada perubahan untuk dilakukan.

Saya mengharapkan sekali lagi agar wajah baru INFINITI ini mampu membuatkan diri saya lebih bersemangat untuk menulis kerana saya tahu manusia yang betul-betul hidup harus ada sumbangan kepada manusia lain. Jikalau sebaliknya, maka itu dinamakan sebagai manusia mati. Matinya pelik kerana zahirnya hidup, tetapi jiwanya mati. Tidak ubah seperti mayat hidup. Cuma bezanya adalah mayat adalah bangkai yang telah mati. Manakala manusia yang hidup zahirnya tetapi mati jiawanya adalah bangkai hidup. Kalau dah bernama bangkai, baik mati daripada hidup. Itulah isyarat jelas bagi insan sebegitu...

Penulisan juga adalah salah satu bentuk sumbangan buat insan lain. Mungkin idea dan pemikiran positif kita mampu melahirkan sang lelaki yang kental jiwanya, gagah pendiriannya dan kukuh imannya. Mungkin juga dengan penulisan akan mampu melahirkan puteri wanita yang jiwanya secekal sang lelaki dan pendiriannya tidak mampu dijual beli. Juga tidak mustahil untuk menggerakkan tangan wanita yang mampu menggoncangkan duniawi...

Apa-apapun, sokongan anda kepada blog INFINITI penulis amat harapkan dan hargai...pandangan dan komentar anda semua kepada setiap penulisan penulis adalah sebagai cermin jernih dan kayu ukuran terhadap tahap kualiti penulisan yang dihasilkan.

Akhir pena, sambutlah salam kerinduan dan laungan semangat penulis...

INFINITI TELAH KEMBALI!!!








0 Respon Anda?: